FUTURE YOUTH SKILLS 2026 - BASIC SOLDERING ELECTRONIC CIRCUIT

    FUTURE YOUTH SKILLS 2026 - BASIC SOLDERING ELECTRONIC CIRCUIT

    SERI ISKANDAR, 16 MEI 2026 – Program Future Youth Skills - Soldering Electronic Circuit telah berjaya dilaksanakan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) dengan penyertaan seramai 20 orang belia yang berminat mendalami 
    kemahiran asas elektronik dan pematerian litar elektronik. 

    Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh pasukan urus setia bagi memberi penerangan berkaitan perjalanan kursus serta aspek keselamatan di bengkel.Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan teknik asas pematerian, pengendalian peralatan elektronik serta latihan amali pemasangan komponen pada papan litar. 

    Suasana pembelajaran menjadi lebih interaktif apabila peserta diberi peluang menjalankan aktiviti hands-on secara langsung di bengkel elektronik.Kursus ini dikendalikan oleh pengajar, Puan Siti Azira binti Samsuddin bersama alumni IKBNSI, Encik Zulfaiz bin Mohd Zahir yang berkongsi pengalaman serta tunjuk ajar praktikal kepada para peserta. 

    Bimbingan secara dekat dan berterusan membantu peserta memahami teknik pematerian yang betul dan selamat, di samping meningkatkan minat terhadap bidang teknologi serta kemahiran TVET.Program ini diharapkan dapat membuka peluang kepada golongan belia untuk menambah kemahiran baharu serta memberi pendedahan awal kepada bidang elektronik yang mempunyai potensi kerjaya pada masa hadapan.

    Jom sertai kursus Future Youth Skills akan datang.. Kursus Smartphone Photography.
    PERCUMA untuk belia berumur 15-30 tahun.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #FutureYouthSkills
    #IKBNSeriIskandar
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #TVETMalaysia

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.