- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 145
LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN SYARIKAT SILVER TECH NETWORK RESOURCES
IPOH, 5 FEBRUARI 2026 - Satu lawatan kerja dan perbincangan kerjasama telah diadakan di antara Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak dengan Syarikat Silver Tech Network Resources.
Lawatan kerja tersebut di ketuai oleh Puan Nordalilah binti Yusoff, Ketua Cawangan Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik, Encik Nur Syazhwan bin Sak Ali (CHIKS) dan Cik Siti Zaina binti Norhikdmi (Cawangan Pengurusan Pelajar) disambut oleh Pengurus Syarikat Silver Tech Network Resources iaitu Encik Muhammad Yusmanizam bin Mohd Yusof.
Tujuan lawatan kerja adalah untuk membincangkan berkenaan Memorandum Persefahaman antara IKBN Seri Iskandar dengan Syarikat Silver Tech Network Resources dan juga mengenal pasti peluang kerjasama strategik yang berpotensi untuk kedua-dua pihak. Pihak institut berbesar hati agar kerjasama ini dapat diadakan dan seterusnya dapat menjalin hubungan baik antara kedua-dua pihak demi untuk memperkukuhkan bidang pendidikan dan latihan TVET seterusnya peluang kerjaya kepada graduan IKBN Seri Iskandar.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#KerjasamaStrategik
#ikbnseriiskandar
#bhepikbnsip
#TeamILKBS
#TeamKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
