LAYAR DAN KUIZ MERDEKA 2026 SEMARAKKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI IKBN SERI ISKANDAR

    LAYAR DAN KUIZ MERDEKA 2026 SEMARAKKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI IKBN SERI ISKANDAR

    SERI ISKANDAR, 7 SEPTEMBER 2026 – Perpustakaan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menganjurkan Program Layar dan Kuiz Merdeka 2026: Filem Gayong 2 sebagai salah satu pengisian Program Semarak Kemerdekaan Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

    Program ini melibatkan warga institut daripada kategori staf dan pelajar, dengan sesi tayangan dan kuiz bagi kategori staf diadakan pada 4 September 2026, manakala kategori pelajar pada 7 September 2026.

    Para peserta menyaksikan filem Gayong 2 melalui platform penstriman Netflix sebelum menyertai kuiz interaktif menggunakan platform Wayground. Kuiz berdasarkan kandungan filem tersebut turut menguji tahap kefahaman dan daya ingatan peserta.Pemenang ditentukan berdasarkan ketepatan jawapan dan masa terpantas melengkapkan kuiz. Sekiranya terdapat markah yang sama, masa penghantaran jawapan terpantas menjadi penentu kedudukan.

    Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan penghayatan kemerdekaan, di samping menggalakkan penglibatan aktif warga IKBN Seri Iskandar dalam aktiviti pembelajaran yang santai, interaktif dan menyeronokkan.

    Program ini turut memperkukuh peranan Perpustakaan IKBN Seri Iskandar sebagai pusat pembelajaran, interaksi dan rekreasi warga institut.

    Semangat Merdeka, Ilmu Disemai, Patriotisme Dihayati!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #SemarakkanMerdeka2026
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #TeamILKBS
    #tvetmalaysia

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.