PELAKSANAAN MESYUARAT PENYEMAKAN DAN PENGESAHAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS SIRI 2/2026

    PELAKSANAAN MESYUARAT PENYEMAKAN DAN PENGESAHAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS SIRI 2/2026

    SERI ISKANDAR, 9 SEPTEMBER 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menganjurkan Mesyuarat Penyemakan dan Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir ILKBS Siri 2/2026 bagi bidang Perkhidmatan Rangkaian Komputer (J619-003-3:2023) berdasarkan standard COPTPA, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Seri Iskandar.

    Sesi penyemakan ini dijalankan bersama Ahli Jawatankuasa Penasihat Teknikal (Technical Advisory Committee - TAC) bagi memastikan kualiti, ketepatan, serta standard penilaian peperiksaan akhir sentiasa terpelihara dan memenuhi piawaian industri semasa.Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Jabatan, Penasihat Teknikal (TAC), Panel Penggubal, serta Urus Setia program.

    Sesi diakhiri dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada Penasihat Teknikal (TAC) atas komitmen serta sumbangan kepakaran yang diberikan, diikuti dengan sesi fotografi kenangan.

    Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen tinggi dalam memastikan mutu latihan dan penilaian di IKBN Seri Iskandar sentiasa cemerlang!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #COPTPA
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #TeamILKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.