Seri Iskandar, 9 Julai 2026 – Majlis ini merupakan inisiatif barisan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar, bertujuan untuk menghargai dan meraikan para pelajar semester akhir IKBN Seri Iskandar, di samping untuk memberi pengiktirafan kepada tokoh-tokoh pelajar.Majlis ini dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi Institut yang diketuai oleh Encik Farizul Arizal bin Abd Rahman, Pengarah IKBN Seri Iskandarserta pegawai dan kakitangan IKBN Seri Iskandar.
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang dianugerahkan sebagai tokoh pelajar dalam kategori Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Tokoh Modal Insan, Anugerah Tokoh Kesukarelawanan dan Anugerah Tokoh Sahsiah.Semoga majlis ini dapat memberi semangat kepada para pelajar untuk terus memacu kecemerlangan dalam membangunkan potensi masing-masing dalam bidang kemahiran dan sahsiah diri.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Teruggul.
#MajlisApresiasi
#ikbnseriiskandar
#TeamILKBS
#TeamKBS
#MalaysiaMADANI
See less
