SAAT YANG DINANTI TELAH TIBA… PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2026 KINI BERMULA

    SAAT YANG DINANTI TELAH TIBA… PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2026 KINI BERMULA

    SERI ISKANDAR, 20 JULAI 2026 – Seramai 133 orang pelajar kini memulakan cabaran dalam Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 2/2026 yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar bermula 20 hingga 24 Julai 2026.Peperiksaan ini melibatkan 118 orang pelajar sepenuh masa dan 15 orang pelajar Separuh Masa (ST) daripada empat program pengajian iaitu Elektronik Industri, Juruteknik Elektrik Rendah, Pendawaian Elektrik Satu Fasa serta Perekabentuk Multimedia Pengarangan.Peperiksaan akhir merupakan medan untuk para pelajar membuktikan penguasaan ilmu, kemahiran dan kompetensi yang telah dipelajari sepanjang sesi pengajian. Ia juga menjadi penentu penting dalam usaha melahirkan graduan TVET yang berdaya saing, kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri.

    Pihak pengurusan IKBN Seri Iskandar merakamkan ucapan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon dan berharap agar setiap pelajar diberikan ketenangan, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. Semoga setiap usaha membuahkan kejayaan dan semua calon memperoleh keputusan yang cemerlang. Teruskan melakar kecemerlangan demi masa depan yang lebih gemilang.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #PeperiksaanAkhir
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI 

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.