Seri Iskandar, 5 November 2025 (Rabu) – Perhimpunan bulanan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar bagi bulan November 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Dato’ Maharajalela, IKBN Seri Iskandar. Majlis dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan institut. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak, serta bacaan doa. Seterusnya, hadirin disajikan dengan tayangan montaj sorotan aktiviti sepanjang bulan Oktober 2025.
Dalam ucapan aluan dan amanat Pengarah IKBN Seri Iskandar, Encik Farizul Arizal Bin Abd Rahman, beliau menekankan kepentingan sikap hormat-menghormati antara pelajar, pengajar dan kakitangan. Beliau turut mengingatkan warga IKBN agar sentiasa menjaga disiplin dan menghargai kemudahan serta harta benda kerajaan semasa berada di dalam kawasan institut.
Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Saudara Irfan Syahmi Bin Mohd Khalim, pelajar jurusan Elektrik. Selepas itu, majlis menyaksikan penyampaian Anugerah Kakitangan Terbaik Bulanan bagi bulan Oktober kepada:
• Miss Tan Pei Mei, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (DG9)
• Encik Tajul Ridwan Bin Abu Bakar (S6)
Turut disampaikan ialah beberapa anugerah kecemerlangan lain, antaranya:
• Anugerah Peperiksaan Terbaik Sesi 1/2025
• Anugerah Pelajar Cemerlang (Purata Nilai Gred 3.5 dan ke atas) mengikut Jabatan
• Anugerah Ketua Jabatan
• Penyampaian sijil kepada pemenang Explorace Rakan Muda Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025
• Penyertaan dalam International Development, Research and Innovation Exhibition (IDRIE)
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) IKBN Seri Iskandar kepada kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan September hingga Oktober 2025.
TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #ilkbs #ikbnseriiskandar #ikbnsicemerlang #bhepikbnsip #tvetmalaysia #tvetperak #masadepankemahiran #transformasipendidikan #talentperak #Perhimpunanbulanan
