- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 43
PROMOSI KEMASUKAN SESI 1/2026 IKBN SERI ISKANDAR SEMPENA PROGRAM KEMBARA JUMPA ORANG MUDA (KEMBARA JOM) PERINGKAT ZON TENGAH 2025
BESOUT, 2 November 2025 - IKBN Seri Iskandar dijemput untuk mengadakan pameran sempena program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Zon Tengah 2025 yang diadakan di Felda Besout 3, Sungkai.
Kembara JOM Peringkat Zon Tengah ini merupakan program 3 hari yang menyaksikan beberapa aktiviti utama dijalankan seperti, program anak angkat, program santai anak muda, program brisk walk bersama komuniti setempat dan akhir sekali program Townhall bersama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
2 orang pegawai IKBN Seri Iskandar bersama-sama 3 orang pelajar hadir ke program ini untuk memberi penerangan tentang peluang pendidikan dalam bidang TVET di IKBN Seri Iskandar terutamanya bagi pengambilan sesi 1/2026.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #ilkbs #ikbnseriiskandar #ikbnsicemerlang #bhepikbnsip #tvetmalaysia #tvetperak #masadepankemahiran #transformasipendidikan #talentperak #KembaraJOM #KJOM
