MAJLIS SANJUNG BUDI SEMPENA PERSARAAN ENCIK MOHD ISA BIN CHU MAT RASHID

    MAJLIS SANJUNG BUDI SEMPENA PERSARAAN ENCIK MOHD ISA BIN CHU MAT RASHID

    SERI ISKANDAR, 8 Mei 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi 
    bagi meraikan persaraan Encik Mohd Isa bin Chu Mat Rashid, Pembantu Khidmat Am Gred H1, bertempat di Bilik Mesyuarat 
    Utama IKBN Seri Iskandar.

    Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan penghargaan itu diadakan sebagai tanda penghormatan atas segala jasa, komitmen serta khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat di IKBN Seri Iskandar.Warga kerja IKBN Seri Iskandar turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada beliau atas dedikasi yang telah dicurahkan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sepanjang tempoh perkhidmatan.

    Semoga Encik Mohd Isa bin Chu Mat Rashid dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta dipermudahkan segala urusan dalam menjalani fasa persaraan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #majlissanjunganbudi
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #ILKBS
    #MalaysiaMADANI

     

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.