TAKLIMAT SEBELUM PERGERAKAN KONTINJEN IKBN SERI ISKANDAR KE SUKAN ILKBS KE-38 TAHUN 2026.

    TAKLIMAT SEBELUM PERGERAKAN KONTINJEN IKBN SERI ISKANDAR KE SUKAN ILKBS KE-38 TAHUN 2026.

    SERI ISKANDAR, 11 Mei 2026 – Satu sesi taklimat sebelum pergerakan kontinjen IKBN Seri Iskandar ke Kejohanan Sukan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Kali Ke-38 Tahun 2026 telah diadakan di Dewan Dato' Maharajalela, IKBN Seri Iskandar.Taklimat tersebut melibatkan para atlet, pegawai pengiring serta urus setia kontinjen yang akan mewakili institut ke kejohanan yang berlangsung di IKTBN Chembong, Negeri Sembilan bermula 11 hingga 14 Mei 2026.

    Antara perkara yang disampaikan sepanjang sesi taklimat termasuklah aspek disiplin, keselamatan, pengurusan acara sukan,
    jadual pertandingan serta semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan bagi memastikan kontinjen sentiasa berada dalam keadaan teratur dan bersedia sepanjang kejohanan berlangsung.

    Kontinjen IKBN Seri Iskandar dijadualkan bergerak ke lokasi kejohanan pada jam 9.00 pagi dengan penuh semangat dan harapan untuk memberikan saingan terbaik dalam acara-acara yang dipertandingkan.

    Seluruh warga IKBN Seri Iskandar mendoakan agar semua atlet, pegawai dan urus setia kontinjen sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat sepanjang perjalanan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan dan kemenangan di Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 Tahun 2026.

    IKBN Seri Iskandar...Yakin Boleh, Pasti Menang!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #sukanILKBS2026
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.