MAJLIS SANJUNGAN BUDI CIK VANMATHI A/P MOORTHY

    MAJLIS SANJUNGAN BUDI CIK VANMATHI A/P MOORTHY

    SERI ISKANDAR, 31 Disember 2025 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menganjurkan Majlis Sanjungan Budi bagi menghargai jasa dan sumbangan Cik Vanmathi A/P Moorthy, Personel MySTEP bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Seri Iskandar.

    Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat di IKBN Seri Iskandar. Kehadiran warga kerja institut memeriahkan majlis serta menjadi ruang untuk menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan.Penganjuran majlis ini mencerminkan budaya kerja yang saling menghargai dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga IKBN Seri Iskandar.

    Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan serta mendoakan kejayaan beliau pada masa akan datang.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #majlissanjunganbudiIKBNSI
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI 
    #MADANIBekerja
    #RancakkanMADANI 
    #ikbnseriiskandar
    #bhepikbnsip

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.