IKBN SERI ISKANDAR, 24 DISEMBER 2025 - Taklimat Latihan Industri telah berlangsung pada 23 dan 24 Disember 2025 melibatkan pelajar Jurusan Rangkaian Komputer (Sesi 2/2024), Elektronik Industri (Sesi 1/2024) dan Elektrik (Sesi 1/2025). Latihan di industri dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang apa yang bakal dihadapi sebelum melangkah ke dunia industri sebenar.
Taklimat yang dikendalikan oleh pegawai daripada Cawangan Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik ini berkongsi maklumat penting berkaitan penempatan latihan industri, tanggungjawab pelajar serta tip berguna kepada para pelajar dari segi persediaan fizikal, mental, pengetahuan dan kemahiran. Para pelajar turut dimaklumkan bahawa kelayakan untuk menjalani latihan di industri bergantung kepada keputusan peperiksaan akhir yang akan berlangsung pada pertengahan Januari 2026.
Justeru, fokus, usaha dan komitmen dalam pembelajaran amatlah penting bagi memastikan pelajar layak untuk menjalani latihan di industri yang dijadualkan pada 2 Februari sehingga 30 April 2026.Diharapkan agar para pelajar dapat membuat persediaan sebaiknya, menimba pengalaman berharga, mempelajari budaya kerja sebenar serta membina keyakinan diri melalui latihan industri ini. Pengalaman ini bukan sahaja membuka peluang kerjaya, malah membantu melahirkan graduan yang lebih bersedia, berkemahiran dan diyakini industri.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#LatihanIndustri#TeamILKBS#TeamKBS#tvetmalaysia#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja#RancakkanMADANI #ikbnseriiskandar
