MAJLIS SANJUNGAN BUDI ENCIK WAN KHAIRUL IZZUDDIN BIN ZAHUDIE

    MAJLIS SANJUNGAN BUDI ENCIK WAN KHAIRUL IZZUDDIN BIN ZAHUDIE

    SERI ISKANDAR, 24 JULAI 2026 – IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi bagi meraikan pertukaran 
    tugas Encik Wan Khairul Izzuddin bin Zahudie yang akan memulakan penugasan baharu di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah bermula pada 29 Julai 2026.

    Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan penghargaan ini diadakan sebagai tanda penghormatan serta penghargaan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di IKBN Seri Iskandar sejak 1 Jun 2021. Warga IKBN Seri Iskandar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Wan Khairul Izzuddin atas dedikasi, kerjasama dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. 

    Segala usaha dan komitmen yang diberikan telah banyak menyumbang kepada perkembangan serta kecemerlangan institusi ini. Semoga segala pengalaman dan kepakaran yang diperoleh sepanjang berkhidmat di IKBN Seri Iskandar menjadi bekalan berharga untuk terus melakar kejayaan di tempat baharu. 

    Warga IKBN Seri Iskandar mendoakan agar beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul.Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, jadilah inspirasi kepada orang lain dan bawalah bersama segala kenangan serta pengalaman yang telah dibina sepanjang berada di IKBN Seri Iskandar.

    Akhir kata, pihak IKBN Seri Iskandar sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Wan Khairul Izzuddin bin Zahudie atas segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan. Semoga hubungan silaturahim yang terjalin akan terus berkekalan walau di mana jua berada. Selamat maju jaya di tempat baharu dan semoga terus mengharumkan nama organisasi serta menjadi pemangkin kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #MajlisSanjungBudi
    #ikbnseriiskandar
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI See less

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.