PAMERAN DAN PROMOSI DI PROGRAM CAREER TALK PATHWAY

    PAMERAN DAN PROMOSI DI PROGRAM CAREER TALK PATHWAY

    IPOH, 25 JULAI 2026 – MyFundAction dengan kerjasama Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak telah menganjurkan Program Career Talk Pathway yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai laluan kerjaya dan pemilihan bidang pengajian yang tepat selepas tamat persekolahan. Program ini telah berlangsung di Dewan Utama masjid berkenaan.

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah dijemput untuk membuka reruai pameran pendidikan di program tersebut bagi memperkenalkan kursus-kursus pengajian serta lain-lain program kemahiran yang ditawarkan. Terdapat juga agensi-agensi lain yang turut bersama mengadakan pameran.

    Program ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Shafiee bin Mohd Apendai Ketua Unit Hal Ehwal Islam dan Pembangunan Komuniti MyFundAction. Selain dari pameran, antara pengisian lain yang telah diadakan ialah ‘Forum: Future Me’ serta aktiviti bersama fasilitator. 

    Program yang dilaksanakan ini secara amnya diharap dapat memperkenalkan institusi TVET serta secara khususnya dapat memperkenalkan IKBN Seri Iskandar kepada masyarakat setempat.Melalui program ini juga diharap dapat menjadikan pendidikan TVET sebagai laluan kerjaya yang bernilai tinggi dan setara dengan pendidikan akademik, serta meningkatkan kualiti sumber manusia melalui peningkatan kemahiran dan pengetahuan teknikal. 

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #MajlisSanjungBudi
    #ikbnseriiskandar
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI See less

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.