- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 7
MESYUARAT PENYELARASAN PENGANJURAN PROGRAM JELAJAH TVET ILKBS 2026 (ZON UTARA) BERSAMA AGENSI DALAM NEGERI PERAK
Seri Iskandar, 10 Jun 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Program Jelajah TVET ILKBS 2026 (Zon Utara) bersama agensi-agensi di Negeri Perak telah diadakan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program yang bakal berlangsung di IKBN Seri Iskandar selaku tuan rumah bagi Zon Utara pada 27 Jun 2026.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd. Zaki bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Perak Tengah, dan turut dihadiri oleh YB. Dato’ Khairudin bin Hj. Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak serta wakil-wakil daripada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam penganjuran program.
Mesyuarat memberi fokus kepada aspek penyelarasan peranan dan tanggungjawab agensi, perancangan logistik, keselamatan, promosi serta pengisian program bagi memastikan penganjuran Jelajah TVET ILKBS 2026 (Zon Utara) dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Program Jelajah TVET ILKBS 2026 (Zon Utara) merupakan penjenamaan semula Program Hari Kerjaya TVET yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia. Program ini menghimpunkan penyertaan lima (5) Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Zon Utara iaitu IKTBN Bukit Mertajam, IKBN Kuala Perlis, IKBN Naka, IKBN Jitra dan IKBN Seri Iskandar.Melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan, swasta, pihak industri dan rakan strategik, program ini dijangka menjadi platform terbaik dalam mempromosikan pendidikan dan latihan TVET, memperluaskan peluang kerjaya serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan TVET dalam pembangunan modal insan negara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#jelajahtvet
#ikbnseriiskandar
#TeamILKBS
#TeamKBS
#tvetmalaysia
See less
