KOLOKIUM BELIA PERAK SEJAHTERA 2030 TAHUN 2026

    KOLOKIUM BELIA PERAK SEJAHTERA 2030 TAHUN 2026

    SERI ISKANDAR, 23 Mei 2026 – Program Kolokium Belia Perak Sejahtera 2030 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Iskandar, UiTM Kampus Seri Iskandar dan telah dirasmikan oleh YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.

    Program ini merupakan satu inisiatif kepimpinan dan pembangunan belia yang diterajui oleh Kerajaan Negeri Perak melalui inisiatif Dewan Belia Negeri Perak bagi memperkasakan peranan belia dalam pembangunan negeri selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.

    Pelajar dan pegawai Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah hadir menyertai sesi perkongsian ilmu, dialog serta pengisian berkaitan pembangunan kepimpinan dan masa depan belia.

    Penganjuran program ini diharap dapat memberi pendedahan dan inspirasi kepada golongan belia untuk terus aktif, berdaya saing serta memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negeri.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #Kolokium
    #ikbnseriiskandar
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #TVETMalaysia 

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.