- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 16
PAMERAN DAN PROMOSI DI PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA X KEMBARA INSPIRASI BELIA AKAR UMBI (KIBAR) PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026
KUALA KANGSAR, 8 OGOS 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah melaksanakan Program Fiesta Rakan Muda X Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 berlangsung dengan jayanya pada 7 dan 8 Ogos 2026 bertempat di Arena Square, Kuala Kangsar, Perak.
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah dijemput untuk membuka reruai pameran interaktif di program tersebut. Team promosi institut telah membawakan pameran berkaitan kursus-kursus yang dilaksanakan di IKBN Seri Iskandar iaitu kursus Elektrik dan Multimedia. Selain jemputan untuk mengadakan pameran, pelajar IKBN Seri Iskandar juga telah dijemput menghadiri sesi Townhall bersama Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Dalam sesi itu, Puan Azura binti Abidin telah berkongsi pandangan mengenai kepimpinan belia, kesukarelawanan serta penglibatan aktif anak muda sebagai pemimpin masa hadapan negara.Majlis Perasmian Program Fiesta Rakan Muda X Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Pengerusi JK Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, YB Dato' Khairudin bin Abu Hanipah.
Program ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuklah promosi belia berpersatuan, pameran pendidikan, demokrasi Kuasa Orang Muda, aktiviti 10 Gaya Hidup Rakan Muda sempena Fiesta Rakan Muda dan sebagainya.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Teruggul.
#KarnivalPendidikanMadani
#ikbnseriiskandar
#TeamKBS
#TeamILKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
