PAMERAN DAN PROMOSI DI PROGRAM KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2026

    PAMERAN DAN PROMOSI DI PROGRAM KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2026

    SERI ISKANDAR, 11 OGOS 2026 - Dua hari penuh dengan ilmu, bakat dan inspirasi Karnival Pendidikan MADANI Peringkat Daerah Perak Tengah 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah telah berjaya menarik kehadiran pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat.

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar turut memeriahkan karnival ini menerusi pameran serta promosi program TVET, memberi peluang kepada para pengunjung mengenali laluan kemahiran yang mampu membuka peluang kerjaya masa hadapan.

    Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.

    Sepanjang karnival, pelbagai aktiviti menarik berjaya mencuri tumpuan antaranya Pertandingan Bintang Cilik, Nyanyian Lagu Patriotik, Mewarna, Doodle Art, pertandingan sukan seperti Bowling, Sepak Raga Ratus dan Bola Jaring serta persembahan bakat pelajar seperti tarian, Choral Speaking, pidato dan nasyid. 

    TVET bukan sekadar pilihan, tetapi laluan masa depan yang penuh potensi. Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah ke reruai IKBN Seri Iskandar. Jumpa lagi di program akan datang.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #KarnivalPendidikanMadani
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #TeamILKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.