- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 57
PAMERAN DAN PROMOSI SEMPENA PROGRAM JELAJAH AIM TVET NEGERI PERAK
Ipoh, 16 Mei 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima undangan untuk mengadakan pameran bersempena Program Jelajah AIM TVET Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada 16 Mei 2026 bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh Perak.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan peluang-peluang dalam bidang TVET yang dapat membuka lebih banyak laluan kerjaya kepada golongan belia.Pegawai dari Cawangan Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (CHIKS) dan Jabatan Teknologi Rangkaian dan Multimedia (JTRM) bersama pelajar telah hadir bagi mengadakan pameran dan promosi. Sebanyak 22 agensi telah menyertai pameran di program tersebut.
Selain dari pameran, terdapat aktiviti lain antaranya seperti perkongsian Ikon TVET, perkongsian UPU dan UP TVET, demonstrasi institut TVET, pertandingan Action Song peringkat sekolah rendah dan Demo Sugar Art. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan band jemputan dan persembahan tarian dari pelajar sekolah rendah dan menengah.
Program Jelajah AIM TVET Peringkat Negeri Perak ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Haji Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Program yang dilaksanakan ini diharap dapat mengubah persepsi masyarakat mengenai TVET, menjadikannya sebagai laluan yang bernilai tinggi dan setara dengan pendidikan akademik, serta meningkatkan kualiti sumber manusia melalui peningkatan kemahiran dan pengetahuan teknikal.
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan lebih ramai pelajar dapat melihat TVET bukan sebagai pilihan kedua, tetapi pilihan utama yang menyediakan kemahiran dan peluang kerjaya yang berkualiti.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Teruggul.
#JelajahAIMTVET
#ikbnseriiskandar
#TeamILKBS
#TeamKBS
#TVETMalaysia
