BERITA GEMBIRA: LULUS DENGAN CEMERLANG!

    BERITA GEMBIRA: LULUS DENGAN CEMERLANG!

    SERI ISKANDAR, 18 MEI 2026 – Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar! Sesi Audit Pensijilan semula EKSA  telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Mei 2026 melibatkan seluruh kawasan institut terutamanya di Sektor Synergy dan Sektor Brilliant. 

    Hasil daripada komitmen tinggi dan kerjasama padu daripada semua pihak, IKBN Seri Iskandar berjaya meraih Pensijilan Cemerlang dengan markah yang amat membanggakan iaitu 96.1%.Sesi penilaian dan pengauditan ini telah dikendalikan oleh barisan auditor berpengalaman:

    1.Encik Mohd Asrul Azim bin Mohd Salleh (Ketua Auditor)
    2.Puan Shaliza Binti Samasudin
    3. Puan Fadilah binti Mohd Zakri

    Terima kasih diucapkan kepada barisan auditor atas bimbingan, teguran membina, dan penilaian yang diberikan. Syabas juga kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar yang sentiasa memastikan standard kualiti dan persekitaran kerja terbaik terus dikekalkan.Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus memacu kecemerlanganpada masa hadapan!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya. 
    ILKBS Profesional Terunggul.

    #AuditEKSA
    #ikbnseriiskandar
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #TVETMalaysia

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.