PAMERAN INOVASI SEMPENA PROGRAM TIGANZ STEM FIESTA SEKOLAH KEBANGSAAN TITI GANTONG 2026

    PAMERAN INOVASI SEMPENA PROGRAM TIGANZ STEM FIESTA SEKOLAH KEBANGSAAN TITI GANTONG 2026

    BOTA, 6 OGOS 2026 – Sekolah Kebangsaan Titi Gantong telah mengadakan Program Tiganz STEM Fiesta 2026 Peringkat Negeri Perak bermula pada 3 Ogos hingga 6 Ogos 2026 dengan jayanya. Program tersebut telah dirasmikan oleh Puan Shakirah binti Rashid, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, JabatanPendidikan Negeri Perak. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah dijemput untuk membuka booth pameran inovasi di program tersebut. 

    Team promosi institut telah membawakan pameran dan demonstrasi berkenaan robotik. Tujuan demonstrasi robotik dibawa dalam program tersebut adalah untuk memperkenalkan serta untuk menarik minat bidang ini kepada para pelajar sekolah. Sambutan yang baik telah diberikan oleh para pelajar tentang pameran dan demonstrasi robotik yang telah dibawa.

    Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan semasa program ini berlangsung. Antaranya adalah Bengkel dan Pertandingan Rekabentuk Poster Infografik Sains, Bengkel dan Pertandingan Mencipta Rekabentuk Komik, Mini Petting Zoo, Pameran dan Demonstrasi Roket, Pameran dan Demonstrasi Robotik serta Pameran dan Demonstrasi Hasil Kerja Murid dan Institut. 

    Pihak institut mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah menjemput dan memberi peluang untuk bersama-sama dalam menjayakan program ini. Semoga pameran dan demonstrasi yang telah dibawakan ini dapat menarik minat para pelajar dalam bidang robotik. 

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #STEM
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #TeamILKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.