IKBN SERI ISKANDAR MELAKAR KEJAYAAN CEMERLANG DI PERTANDINGAN PROPITCH 2026

    IKBN SERI ISKANDAR MELAKAR KEJAYAAN CEMERLANG DI PERTANDINGAN PROPITCH 2026

    SEPANG, 5 OGOS 2026 – Kontingen penuntut dan pegawai Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah melakar keputusan yang membanggakan dalam Pertandingan 3-Minute Pitching di PROPITCH 2026 yang berlangsung pada 4 dan 5 Ogos 2026 di IKTBN Sepang, Selangor.Inovasi rekaan dan kebolehan penyampaian para peserta IKBN Seri Iskandar berjaya memikat hati para juri sekali gus membawa pulang anugerah utama.

    Berikut adalah keputusan penuh pencapaian IKBN Seri Iskandar:
    PROJEK TERBAIK KATEGORI ELEKTRIK, ELEKTRONIK, ROBOTIK, PERALATAN & KOMUNIKASI

    • Nama Projek: Automatic Wire Dispenser 
    • Peserta:
    Syed Aymanhaqeem bin Syed Yahya
    Muhammad Syamim bin Soffian 
    Irfan Shazriq bin Muaz Zabib

     PINGAT PERAK

    • Nama Projek: MEMS V2.0 
    • Peserta:
    Saiful Anuar bin Kasyfulazam 
    Muhammad Firdaus bin Baharon 
    Siti Nuraishah binti Ramzan

     PINGAT GANGSA

    •Nama Projek: Intelligent Classroom With 😭(Smart Classroom) 
    • Peserta:
    Mohammad Airol Hafizi bin Hairi 
    Muhammad Iqbalruddin bin Hamdi 
    Norfitrah binti Rosli

    Kejayaan cemerlang ini disokong penuh oleh barisan penyelia projek iaitu Pn. Zamzarina binti Osman dan En. Khairul Anuar bin Hashim. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh wawasan bakat dan warga IKBN Seri Iskandar di atas pencapaian berprestij ini!

    Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin budaya inovasi dan kecemerlangan pada masa akan datang.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

     #Propitch

    #ikbnseriiskandar

    #TeamKBS

    #TeamILKBS

    #tvetmalaysia

    #MalaysiaMADANI

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.