- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 291
PAMERAN INSTITUSI TVET SEMPENA PROGRAM HIMPUNAN HUFFAZ 2025 DAN SIMFONI DAKWAH NUSANTARA
BAGAN DATUK, 21 DISEMBER 2025 - Pameran Institusi TVET sempena Program Himpunan Huffaz 2025 dan Simfoni Dakwah Nusantara yang telah diadakan di Masjid Tuminah Hamidi Bagan Datuk, Perak telah menarik ramai pengunjung dan berakhir dengan jayanya.Program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.
Pelbagai pengisian sepanjang program ini berlangsung antaranya Pelancaran Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM), Taklimat TVET, Qasidah, Tausiyah dan juga Bicara Hati Umat bersama Ustaz Prof. Dr. Abdul Somad Batubara.Semoga pameran yang diadakan ini dapat mempromosikan bidang TVET dan memberi pendedahan kepada pelajar dan masyarakat tentang peluang kerjaya dalam bidang ini serta memilih IKBN Seri Iskandar sebagai tempat untuk menyambung pelajaran.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#himpunanhuffaz#teamILKBS#teamKBS#tvetmalaysia#malaysiamadani#MADANIBekerja#RancakkanMADANI
#ikbnseriiskandar#bhepikbnsip
