- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 30
PAMERAN PROJEK AKHIR MULTIMEDIA SEMESTER 4 IKBN SERI ISKANDAR
Seri Iskandar, 30 April 2026 – Jabatan Teknologi Rangkaian & Multimedia, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak hari ini telah mengadakan Pameran Projek Akhir Multimedia Semester 4 bertempat di Dewan Dato' Maharajalela. Tujuan program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar Semester Akhir untuk mempersembahkan hasil projek akhir kepada fasilitator luar yang hadir. Selain itu, dengan adanya program ini, para pelajar dilatih dalam aspek keberanian mempersembahkan hasil karya secara lisan berkaitan teknikal fotografi dan videografi bagi
menghasilkan bakal graduan yang berkualiti untuk keperluan industri.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran dua fasilitator berpengalaman, iaitu Encik Mohd Asrul Nizam bin Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Paklong Zam dan Puan Nur Farrah Najwa bin Misnan, yang mempunyai latar belakang kukuh dalam bidang multimedia dan industri kreatif. Kepakaran mereka dalam penghasilan kandungan digital serta pengalaman industri telah memberikan nilai tambah kepada para pelajar sepanjang sesi berlangsung.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar, Encik Farizul Arizal bin Abd Rahman yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada para fasilitator. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan penguasaan kemahiran komunikasi dan yakin dalam mempersembahkan produk multimedia yang dihasilkan .Menurut beliau, kemahiran tersebut amat penting sebagai persediaan pelajar menghadapi dunia pekerjaan sebenar.
Para pelajar memberikan maklum balas yang amat positif dan menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran serta keyakinan dalam menghasilkan karya multimedia. Program ini juga berjaya membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka potensi diri dalam bidang kreatif.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Teruggul.
#KunjungHormat
#ikbnseriiskandar
#TeamKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
