PELAJAR KURSUS MULTIMEDIA PENGARANGAN DIBERI PENDEDAHAN AWAL LATIHAN INDUSTRI

    PELAJAR KURSUS MULTIMEDIA PENGARANGAN DIBERI PENDEDAHAN AWAL LATIHAN INDUSTRI

    Seri Iskandar, 22 April 2026 – Seramai 15 orang pelajar semester akhir kursus Multimedia Pengarangan telah menghadiri Taklimat Latihan Industri yang diadakan Bilik Mesyuarat Utama IKBN Seri Iskandar.Taklimat anjuran Cawangan Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik bertujuan memberi penerangan dan pendedahan menyeluruh tentang prosedur, etika dan persediaan sebelum pelajar menjalani latihan industri selam tiga bulan bermula 4 Mei 2026. 

    Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Nordalilah binti Yusoff Ketua Cawangan Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik. Turut hadir ke sesi taklimat ini adalah Tuan Farizul Arizal bin Abd Rahman, Pengarah IKBN Seri Iskandar danEncik Mohd Halifi bin Ab Hamid, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar. 

    Secara keseluruhan, latihan industri ini membuktikan bahawa pendedahan awal di dunia pekerjaan mampu membentuk pelajar yang lebih kompeten dan bersedia memenuhi kehendak industri yang sentiasa berkembang. Pengalaman 3 bulan menjalani latihan industri ini menjadi bekalan berharga untuk para pelajar bersaing dalam pasaran kerja yang kompetitif. 

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #TaklimatLatihanIndustri 
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI 

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.