- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 25
PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 3/2026 PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR
SERI ISKANDAR, 24 JULAI 2026 – Majlis perhimpunan Bil. 3/2026 ini telah dianjurkan oleh gabungan bersama Jabatan Pengajian Umum, Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti, Cawangan Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik dan Cawangan Penyelarasan Fasiliti dan Aset.
YBrs. Tn. Farizul Arizal bin Abd Rahman, Pengarah IKBN Seri Iskandar telah menyempurnakan majlis perhimpunan ini dengan menyampaikan amanat kepada semua pegawai dan kakitangan IKBNSI. Beliau juga turut menyampaikan penghargaan kepada warga kerja yang menunjukkan prestasi cemerlang melalui Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan (April, Mei dan Jun 2026) dan Anugerah Kepada Pegawai dan Kakitangan IKBNSI “Tidak Pernah Cuti Sakit Sepanjang Tahun 2025”.
Tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang menerima anugerah tersebut.Semoga perhimpunan bulanan ini terus menjadi platform yang berkesan dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi selaras dengan aspirasi Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Teruggul.
#MajlisSanjungBudi
#ikbnseriiskandar
#TeamILKBS
#TeamKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI See less
