PROGRAM AI4U@ILKBS, LATIHAN AI (Google.org & IBM) TAHUN 2026 DEDAH PELAJAR IKBN SERI ISKANDAR KEPADA TEKNOLOGI  KECERDASAN BUATAN (AI)

    PROGRAM AI4U@ILKBS, LATIHAN AI (Google.org & IBM) TAHUN 2026 DEDAH PELAJAR IKBN SERI ISKANDAR KEPADA TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI)

    SERI ISKANDAR, 4 OGOS 2026 – Seramai 36 orang pelajar Program Elektronik Industri Semester 3 dan 4 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menyertai Program AI4U@ILKBS, Latihan AI (Google.org & IBM) Tahun 2026 yang berlangsung pada 4 hingga 5 Ogos 2026 secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Program ini merupakan inisiatif Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) dengan kerjasama rakan pelaksana, Biji-biji & Mereka. 

    Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada pelajar mengenai penggunaan Kecerdasan Buatan Artificial Intelligence - AI) dalam dunia teknologi dan pekerjaan, di samping meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam bidang teknologi digital yang semakin berkembang pesat. 

    Diharapkan penyertaan dalam program ini dapat melahirkan pelajar yang lebih bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 serta mampu memanfaatkan teknologi AI dalam pembelajaran dan kerjaya pada masa hadapan.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #programAI4U
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #TeamILKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI 

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.