KURSUS ASAS BEKERJA TEMPAT TINGGI (WORK AT HEIGHT BASIC)

    KURSUS ASAS BEKERJA TEMPAT TINGGI (WORK AT HEIGHT BASIC)

    SERI ISKANDAR, 5 OGOS 2026 – Kursus Asas Bekerja Tempat Tinggi (Work at Height Basic) dilaksanakan untuk memberi pemahaman mendalam kepada para tenaga pengajar dalam aktiviti bekerja di tempat tinggi dengan merangkumi aspek perundangan, penilaian risiko, pemilihan peralatan yang sesuai dalam Amalan Kerja Selamat.

    Kursus ini memenuhi keperluan garis panduan Program Pendidikan Berterusan (CEP) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau ‘Department of Occupational Safety and Health’ (DOSH). Pengetahuan dalam kursus ini melayakkan peserta memperolehi 5 mata CEP tertakluk kepada garis panduan (CEP).

    Objektif kursus:
    •    Memperolehi persijilan peningkatan kemahiran orang terlatih untuk bekerja di tempat tinggi.
    •    Memahami definisi dan skop kerja di ketinggian berdasarkan perundangan 
    •    Menjelaskan keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) Pindaan 2022 
    •    Mengenal pasti bahaya dan menilai risiko 
    •    Mengaplikasi Amalan Kerja Selamat berdasarkan ‘Industrial Cords of Practice’ (ICOP)

    Kursus ini telah diadakan pada 4 dan 5 Ogos 2026. Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan IKBN Seri Iskandar telah menghadiri kursus ini. Kursus ini dikendalikan oleh Pegawai Kompetan iaitu Tun Muhammad Norhaizad bin Azis dan En. Amran bin Jaafar daripada Syarikat Dynamic Smart Service.

    “Bekerja dengan Selamat di Ketinggian”

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #WorkAtHeight
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #TeamILKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.