- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 16
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) TAHUN 2025
12 NOVEMBER 2025 (RABU) – JawatanKuasa Pelaksana EKSA IKBN Seri Iskandar telah menjalankan Gotong-royong Perdana 2025. Semua Warga IKBN Seri Iskandar telah menyertai aktiviti tersebut. Gotong-royong tersebut dimulakan dengan Taklimat dan Amanat oleh Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar iaitu Encik Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor. Beliau meminta semua warga IKBNSIP khususnya para pelajar untuk memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya dalam memastikan objektif program tersebut tercapai.
Gotong-royong ini melibatkan Sektor Synergy dan Sektor Briliants bermula pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti mengecat road kerb, mengecat kolam, mengecat pemegang tangga, membersihkan bengkel, menyusun dan mengatur peralatan di lokasi masing-masing.
Aktiviti seperti ini mewujudkan pembudayaan EKSA dalam kalangan warga IKBNSI dan menuju ke arah pensijilan semula EKSA dengan cemerlang.
#IKBNSICemerlang#ProfesionalTerunggul#kitajagakita
