TAKLIMAT SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN MAKSAK MEDIC CARE (KAD PERUBATAN) DAN SKIM INSURANS BERKELOMPOK MAKSAK IKHTIARI BERSERTA FAEDAH PERSARAAN

    Rabu, 5 November 2025 - Satu Taklimat Skim Perlindungan Kesihatan MAKSAK Medic Care (Kad Perubatan) dan Skim Insurans Berkelompok MAKSAK Ikhtiari Beserta Faedah Persaraan telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.
     
    Taklimat ini telah disampaikan oleh wakil daripada Mission Hundred Consultancy Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang dilantik oleh MAKSAK Malaysia untuk mempromosikan serta menyampaikan maklumat berkaitan dua (2) program perlindungan dan insurans kesihatan berikut:

    1. MAKSAK Medic Care (Mediscreen) – Skim Perlindungan Kesihatan (Kad Perubatan)
    2. MAKSAK Ikhtiari (MCIS Insuran) dan Simpanan Skim Persaraan – Skim Insurans Berkelompok Komprehensif 
    beserta Faedah Persaraan
     
    Seramai 59 orang pegawai IKBN Seri Iskandar telah hadir bagi mendengar taklimat ini.Objektif utama taklimat adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada pegawai IKBN Seri Iskandar mengenai kepentingan skim perlindungan kesihatan dan insurans, khususnya dalam menghadapi sebarang kemungkinan seperti kemalangan atau kejadian tidak diingini.
     
    Diharapkan taklimat ini dapat meningkatkan kesedaran serta memberikan maklumat tambahan kepada semua pegawai mengenai manfaat yang ditawarkan melalui skim perlindungan kesihatan dan insurans berkelompok di bawah MAKSAK.

    #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #ilkbs #ikbnseriiskandar #ikbnsicemerlang #bhepikbnsip #tvetmalaysia #tvetperak #masadepankemahiran #transformasipendidikan #talentperak #MAKSAK

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.