PROGRAM MADANI RAKYAT 2026 NEGERI PERAK

    PROGRAM MADANI RAKYAT 2026 NEGERI PERAK

    IPOH, 5 April 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) telah menyertai Program MADANI Rakyat 2026 Perak yang berlangsung dari 3 hingga 5 April 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh.Penyertaan ini merupakan inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memperluas hebahan peluang pendidikan dan latihan kemahiran kepada masyarakat, khususnya golongan belia.

    Sepanjang program, reruai IKBNSI menjadi tumpuan pengunjung dengan pelbagai pengisian termasuk promosi kemasukan ILKBS, penerangan program latihan kemahiran serta sesi interaksi bersama petugas promosi IKBNSI.Suasana turut bertambah meriah apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, turut singgah ke reruai IKBNSI dan meluangkan masa meninjau pameran yang disediakan oleh pihak IKBNSI, sekali gus 
    menarik perhatian pengunjung yang hadir.

    Dalam masa yang sama, reruai IKBNSI turut menerima kunjungan daripada atlet negara, Syaidatul Afifah binti Badrul Hamidi – sukan Tenpin Bowling, Nur Jannaton binti Abdul Jalil – Atlet Para Sukan Memanah dan Siti Nor Hatika binti Ibrahim – Sukan Memanah. Program MADANI Rakyat anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini menjadi platform strategik dalam mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat melalui pameran interaktif dan aktiviti komuniti.

    Penyertaan IKBNSI diharap dapat memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan kemahiran serta menarik lebih ramai belia menyertai latihan TVET selaras keperluan industri semasa.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #ProgramMadaniRakyat
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.