MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM JELAJAH TVET ILKBS 2026 (ZON UTARA) BERSAMA JABATAN & AGENSI NEGERI PERAK

    MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM JELAJAH TVET ILKBS 2026 (ZON UTARA) BERSAMA JABATAN & AGENSI NEGERI PERAK

    Seri Iskandar | 15 April 2026 – Persiapan awal bagi Program Jelajah TVET ILKBS 2026 (Zon Utara) kini sedang giat dijalankan menerusi Mesyuarat Penyelarasan bersama jabatan dan agensi negeri Perak yang berlangsung di IKBN Seri Iskandar.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohd Zaki bin Abdul Rahman ini memberi fokus kepada perancangan rapi termasuk objektif pelaksanaan serta pengisian atur cara program yang dijangka berlangsung pada Jun 2026.

    Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah En Farizul Arizal bin Abdul Rahman, seluruh Ketua Jawatankuasa Program serta wakil daripada jabatan dan agensi Negeri Perak.Pelbagai perkara dibincangkan dalam mesyuarat ini bagi menyelaras pelaksanaan program ini. Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti pengunjung! 

    Antara tarikan utama dalam program ini adalah:
    ● MyFutureJobs (Temu Duga Terbuka)
    ● Pertukaran MoU
    ● Pameran Interaktif
    ● Pertandingan Inovasi
    ● Acara Sukan
    ● Gerai Jualan & Food Truck
    ● Jualan Rahmah Madani

    Program ini dijangka menjadi platform terbaik untuk golongan belia meneroka peluang dalam bidang TVET serta merasai pengalaman yang bermanfaat dan menyeronokkan.Jumpa anda di IKBN Seri Iskandar nanti!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #JelajahTVET
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.