SOLIDARITI OREN: WARGA IKBN SERI ISKANDAR MENYOKONG SAMBUTAN HARI MENANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA

    SOLIDARITI OREN: WARGA IKBN SERI ISKANDAR MENYOKONG SAMBUTAN HARI MENANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA

    SERI ISKANDAR, 5 Disember 2025 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar menyahut inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memperkukuh kesedaran sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita, yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 25 November 2025. Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita berlangsung sehingga 10 Disember 2025 sebagai sebahagian usaha nasional 
    memerangi isu keganasan terhadap wanita.

    Sehubungan itu, warga IKBN Seri Iskandar digalakkan untuk mengenakan pakaian berwarna oren pada hari Jumaat, 5 Disember 2025 sebagai simbol solidariti dan sokongan terhadap kempen ini. Warna oren dipilih sebagai lambang harapan, perlindungan dan aspirasi untuk mewujudkan persekitaran yang bebas daripada keganasan.

    Langkah ini mencerminkan komitmen IKBN Seri Iskandar dalam mendukung kempen kesedaran nasional seterusnya mengangkat mesej bahawa keganasan terhadap wanita tidak boleh dikompromi dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk membanterasnya. Dengan penuh harapan, IKBN Seri Iskandar terus berperanan menyemai budaya hormat, melindungi hak wanita dan menggalakkan persekitaran yang selamat untuk semua.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #SolidaritiOren#HentikanKeganasanTerhadapWanita#TeamILKBS#TeamKBS#tvetmalaysia#MalaysiaMADANI#MADANIBekerja
    #RancakkanMADANI #ikbnseriiskandar#bhepikbnsip

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.