PROGRAM PEKERTI@ILKBS IKBN SERI ISKANDAR TAHUN 2025

    PROGRAM PEKERTI@ILKBS IKBN SERI ISKANDAR TAHUN 2025

    SERI ISKANDAR, 2 Disember 2025 – Telah berlangsung dengan jayanya Program PEKERTI@ILKBS IKBN Seri Iskandar Tahun 2025 bertempat di Dewan Dato’ Maharajalela, IKBN Seri Iskandar pada 2 Disember 2025. Program ini merupakan kerjasama yang dijalankan oleh IKBN Seri Iskandar bersama pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) Negeri Perak selain melibatkan peserta seramai 74 orang yang terdiri daripada para pelajar semester satu IKBN Seri Iskandar. Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi peluang kepada para pegawai IKBN Seri Iskandarmenguji tahap kefahaman dan keyakinan diri dalam menyampaikan info tepat berkaitan kependudukan serta pembangunan keluarga dengan dipantau oleh pihak LPPKN sendiri. 

    Selain itu, melalui program ini juga para pelajar IKBN Seri Iskandar yang terlibat dapat benar-benar memahami bagaimana untuk merancang kehidupan sosial dan mental mereka agar tidak terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat dalam dunia yang kian mencabar kini. Antara pegawai yang terlibat menyampaikan maklumat pada program setengah hari ini termasuklah En. Ahmad Syawal bin Azis dan En. Kamaruzamani bin Kamasani yang merupakan dua orang pegawai institut yang telah diberi pendedahan maklumat sepanjang kursus Training On Trainer oleh pihak LPPKN pada bulan Oktober 2025 yang lalu sekaligus melayakkan mereka untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para pelajar terpilih. Majlis Perasmian Penutupan Program PEKERTI@ILKBS IKBN Seri Iskandar 2025 ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar sendiri iaitu Encik Farizul Arizal bin Abd Rahman serta Penolong Pengarah Kanan LPPKN Negeri Perak, Puan Logarani a/p Muthuvanan. Semoga semua pihak yang terlibat mendapat manfaat daripada penganjuran program kali ini.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    # ProgramPEKERTI@ILKBS
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI 
    #MADANIBekerja
    #RancakkanMADANI 
    #ikbnseriiskandar
    #bhepikbnsip

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.