- Muhamad Akram bin Mazalan
- IKBN Tanah Merah
- Hits: 99
LAWATAN PENTAULIAHAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BIDANG TEKNOLOGI MEKANIKAL DI IKBN TANAH MERAH
Lawatan Penilaian Panel Pentauliahan Penambahan Program Kemahiran (PPPPK) berasaskan Kod Amalan Pentauliahan Program TVET (COPTPA) bagi kursus Rekabentuk Produk Industri, Jabatan Teknologi Mekanikal telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Januari 2026 (Isnin) bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah. Lawatan ini bertujuan menilai pematuhan program terhadap standard dan keperluan yang telah ditetapkan bagi memastikan kualiti latihan TVET yang ditawarkan berada pada tahap terbaik.
Panel penilai yang terlibat terdiri daripada Encik Ahmad Fahmi Bin Abdullah Rahim, Encik Wan Hussin Bin Awang Ahmad dan Encik Mohd Azrul Bin Jaafar yang telah menjalankan sesi semakan dokumen, penilaian fasiliti serta perbincangan bersama pihak pengurusan dan tenaga pengajar. Mesyuarat Penilaian telah dipengerusikan oleh Puan Shahrul Naimah Binti Zulkifli, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan.
Sesi taklimat berkaitan pelaksanaan program, pencapaian serta hala tuju bidang Rekabentuk Produk Industri telah dibentangkan oleh Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal, Encik Heryzuan Bin Mamat. Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh penambahbaikan berterusan serta meningkatkan kecemerlangan latihan di IKBN Tanah Merah.
