TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI SESI 1/2026 IKBN TANAH MERAH

    IKBN Tanah Merah telah melaksanakan Taklimat Latihan Industri kepada pelajar Kursus Jahitan Pakaian Wanita pada hari ini sebagai persediaan sebelum mereka menjalani latihan industri bermula 3 Februari 2026. Taklimat ini dianjurkan oleh Cawangan Hubungan Industri bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan pelaksanaan dan keperluan latihan industri.
    Sesi taklimat dimulakan dengan pengenalan serta penerangan mengenai kepentingan latihan industri sebagai medium pembelajaran sebenar di alam pekerjaan, selaras dengan keperluan industri semasa. Pelajar turut diberikan penjelasan berkaitan peraturan dan etika yang perlu dipatuhi sepanjang berada di syarikat latihan bagi memastikan disiplin dan imej IKBN sentiasa terpelihara.
    Selain itu, kaedah pengisian Buku Log Latihan Industri turut diterangkan secara terperinci bagi memastikan rekod aktiviti harian pelajar dapat didokumentasikan dengan tepat dan teratur. Diharapkan taklimat ini dapat membantu pelajar membuat persediaan rapi serta melaksanakan latihan industri dengan lebih berkesan dan berintegriti.

    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.