MESYUARAT KERJA PEMANTAPAN KURIKULUM DAN PENGESAHAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS BERSAMA PANEL PENGESAH TEKNIKAL (TAC) SIRI 1 TAHUN 2026 BAGI BIDANG TEKNOLOGI FESYEN DAN PAKAIAN DAN BIDANG TEKNOLOGI MEKANIKAL.

    Mesyuarat terlah dijalankan pada 06 - 09 April 2026 bertempat di The Pearl Hotel Kuala Lumpur. Program ini dilaksanakan bagi memperkukuh kandungan kurikulum serta memastikan soalan Peperiksaan Akhir yang dibangunkan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Selain itu, inisiatif ini turut memastikan instrumen penilaian yang dihasilkan bersesuaian, sah dan berkesan dalam menyokong pelaksanaan peperiksaan akhir di ILKBS.
    WIM yang telah disahkan dijangka dapat digunapakai bagi tujuan Pentauliahan Induk Tahun 2026, sekali gus memperkukuh sistem penilaian dan meningkatkan kualiti pelaksanaan latihan.
    Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memantapkan standard TVET agar kekal relevan, berdaya saing dan selari dengan keperluan industri serta pembangunan modal insan negara.

    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.