PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2026 IKBN TANAH MERAH

    Perhimpunan Bulanan Bil.2/2026 : Ruang Perkongsian, Penghargaan dan Pemerkasaan Pelajar dan Pegawai Institut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah
    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah telah melaksanakan Perhimpunan Bulanan Bil.2/2026 pada 4 Mei 2025 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Tanah Merah dengan kehadiran semua pelajar dan warga kerja IKBN Tanah Merah.
    Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu rasmi, bacaan ikrar rukun negara dan ikrar pelajar serta suai kenal pelajar baharu seterusnya kemuncak perhimpunan adalah amanat oleh Encik Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah IKBN Tanah Merah. Sesuai amanat oleh tuan pengarah, perhimpunan diteruskan dengan penyampaian sijil pekerja terbaik bulanan kepada pegawai yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, Majlis Penyerahan Bendara Kontinjen IKBN Tanah Merah dan peserta World Skill Malaysia Belia (WSMB) serta Sambutan Hari Kelahiran Pegawai dan pelajar. Penyampaian ini sekaligus menyuntik motivasi kepada warga kerja IKBN Tanah Merah untuk terus meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja dan semangat kekitaan. Perhimpunan bulanan bukan sekadar satu acara rutin, tetapi menjadi wahana penting dalam membentuk budaya organisasi yang positif, progresif dan inklusif.

    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.