- Muhamad Akram bin Mazalan
- IKBN Tanah Merah
- Hits: 25
PENGAJAR SKIM E ILKBS DEDAH PENGGUNAAN AI DALAM PENGURUSAN LATIHAN DAN PENTADBIRAN
SERDANG, SELANGOR, 19 Ogos 2026 – Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menganjurkan Kursus Penggunaan Kecerdasan Buatan Dalam Pengurusan Latihan dan Pentadbiran di bawah Pelan Operasi Latihan (POL) bagi Pengajar Skim E Tahun 2026 pada 17 hingga 19 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Latihan MARDI, Serdang, Selangor.
Kursus yang diurus setiakan oleh IKBN Kemasik ini memberi pendedahan kepada para pengajar Skim E ILKBS mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan produktiviti pengurusan latihan dan pentadbiran.
Antara pengisian kursus merangkumi penggunaan ChatGPT, Gemini, Gemini Canvas, Google NotebookLM, penghasilan pembentangan, imej kreatif serta video menggunakan AI, di samping pelaksanaan projek mini oleh peserta.
IKBN Tanah Merah turut menyertai kursus ini dengan penyertaan Puan Nani Sharezan binti Mohamad Nor dan Puan Siti Norihan binti Jaafar sebagai wakil pengajar Skim E.
Kursus ini turut menampilkan Haji Ismail bin Abd Malek sebagai penceramah jemputan, yang berkongsi pengetahuan dan pendedahan berkaitan pemanfaatan teknologi AI dalam tugasan pengurusan latihan dan pentadbiran.
Program selama tiga hari ini diakhiri dengan projek mini, sesi penutup dan penyampaian sijil kepada para peserta. Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kompetensi digital pengajar ILKBS serta menggalakkan penggunaan AI secara produktif dan berkesan dalam pelaksanaan tugas harian.
