- Muhamad Akram bin Mazalan
- IKBN Tanah Merah
- Hits: 9
PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 4/2026 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) TANAH MERAH, KELANTAN
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2026 pada 1 November 2026 (Ahad) bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Tanah Merah. Perhimpunan ini melibatkan kehadiran seluruh pelajar dan warga kerja IKBN Tanah Merah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu rasmi, bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pelajar, seterusnya disusuli dengan penyampaian amanat oleh Encik Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah IKBN Tanah Merah.
Selaras dengan amanat yang disampaikan, majlis diteruskan dengan beberapa agenda utama, antaranya penyampaian Sijil Penghargaan Pekerja Terbaik Bulanan kepada pegawai yang telah menunjukkan prestasi dan komitmen cemerlang, penyampaian sijil pengiktirafan aktiviti pelajar serta sambutan hari kelahiran pegawai dan pelajar.
Pengisian ini merupakan salah satu bentuk penghargaan terhadap pencapaian, sumbangan dan komitmen warga IKBN Tanah Merah, di samping memupuk hubungan silaturahim serta memperkukuh semangat kekeluargaan dalam kalangan warga institusi.
Sesungguhnya, perhimpunan bulanan bukan sekadar acara rutin institusi, malah menjadi platform penting dalam menyampaikan amanat, menghargai pencapaian serta menyuntik motivasi kepada seluruh warga IKBN Tanah Merah untuk terus meningkatkan prestasi, memperkukuh disiplin dan bersama-sama menggerakkan kecemerlangan institusi.
