YOUNG HEROES KELANTAN RAIH TEMPAT KELIMA DI PERINGKAT KEBANGSAAN

    THE HERITAGE VALLEY, 29 OKTOBER 2026 – Pasukan Young Heroes Kelantan berjaya mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih tempat kelima dalam pertandingan di peringkat kebangsaan yang berlangsung di The Heritage Valley pada 29 Oktober 2026.
    Pasukan Kelantan yang dianggotai oleh tiga orang peserta, iaitu Nur Emylin Syuhada binti Mazuri selaku ketua pasukan, bersama Waizatul Ulumi binti Mohd Arif dan Nur Ain Amisha binti Abdullah telah menunjukkan komitmen, kerjasama serta semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
    Walaupun berdepan persaingan sengit daripada pasukan-pasukan lain dari seluruh negara, Young Heroes Kelantan berjaya memberikan persembahan yang membanggakan sehingga memperoleh tempat kelima di peringkat kebangsaan.
    Majlis Penutupan Program telah disempurnakan oleh YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan sekali gus menambah kemeriahan dan makna kepada program berkenaan. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS; Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS dan
    Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN.
    Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat bermakna bukan sahaja kepada para peserta, malah turut mengharumkan nama negeri Kelantan di persada kebangsaan.
    Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada ketiga-tiga peserta, barisan pembimbing, pihak pengurusan serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan sepanjang penyertaan ini.
    Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada Young Heroes Kelantan untuk terus melangkah lebih jauh dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.