PROGRAM FUTURE YOUTH SKILLS (PENDAWAIAN ELEKTRIK UNTUK PEMILIK RUMAH)

    Tanah Merah, 13 Mei 2026 - Kursus Pendawaian Elektrik untuk Pemilik Rumah telah dilaksanakan di Bengkel Pendawaian Jabatan Teknologi Elektrik IKBN Tanah Merah pada 11hb - 13hb Mei 2026 dengan penglibatan seramai 20 orang belia, belia massa, belia berisiko khususnya belia dalam kategori Not in Employment, Education and Training (NEET) dan belia minoriti yang berumur 15 - 30 tahun. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan inisiatif Semarak Belia @HBN 2026 "Menggerak Belia Madani" dalam usaha memperkasakan pembangunan kemahiran belia.
    Program ini memberi tumpuan kepada latihan kemahiran asas dan pertengahan dalam bidang pendawaian elektrik melalui pemahaman teori dan amali yang dikendalikan oleh tenaga pengajar kompeten iaitu En. Fedillah bin Wahab dan En. Md. Mizan Asrori bin Jangi. Modul yang dipelajari dalam kursus ini adalah pendawaian lampu pijar dan L.E.D, pendawaian soket alur keluar 13A, pendawaian suis satu hala, pendawaian suis dua hala, pendawaian suis pertengahan dan penyelengaraan elektrik satu fasa. Selain itu diselitkan juga kaedah yang betul melakukan pertolongan cemas Cardio-Pulmonory Resuscitation (CPR) menggunakan peralatan simulasi bagi latihan bantuan pernafasan dan tekanan dada.
    Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pn. Shahrul Naimah binti Zulkifli, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Tanah Merah kepada semua peserta kursus. Diharapkan program ini dapat memberi impak positif dalam meningkatkan kemahiran diri disamping membuka peluang penjanaan pendapatan melalui penglibatan dalam aktiviti keusahawanan berasaskan kemahiran yang dipelajari.

    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.