PERTANDINGAN WORLSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) PERINGKAT AKHIR BIDANG FASHION TECHNOLOGY

    Debaran semakin terasa apabila persiapan bagi pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) bidang Fashion Technology kini sedang giat berlangsung di GIATMARA. Para peserta dilihat sibuk mengemas dan menyusun ruang pertandingan masing-masing sebagai persediaan menghadapi cabaran sebenar yang bakal bermula tidak lama lagi.
    Wakil tunggal IKBN Tanah Merah, Siti Sarah Binti Sabri turut menunjukkan semangat dan keyakinan tinggi apabila telah mendapat undian meja nombor 7 untuk pertandingan kali ini. Dengan persiapan rapi serta fokus yang ditunjukkan, beliau dilihat bersedia memberikan saingan terbaik dalam bidang Fashion Technology.
    Turut hadir memberikan sokongan moral ialah Pengarah IKBN Tanah Merah, Encik Mohd Izwandy Bin Ismail yang turun padang menyantuni peserta dan menyuntik semangat kepada Siti Sarah. Kata-kata motivasi dan sokongan beliau diharap menjadi pembakar semangat buat Siti Sarah untuk tampil cemerlang serta mengharumkan nama institusi di pentas WSMB 2026.

    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.