TANAH MERAH, 17 September 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah telah menganjurkan 3 Program Pengukuhan Alumni secara serentak sebagai salah satu usaha memperkukuh hubungan antara alumni mengikut bidang masing-masing.
Program ini bertujuan memberi ruang kepada para pelajar untuk mendapatkan perkongsian pengalaman, pandangan serta inspirasi daripada alumni yang pernah melalui pengalaman pembelajaran dan latihan kemahiran di ILKBS.
Sesi perkongsian alumni telah menampilkan Encik Mohamad Faisal bin Shahimi, Alumni IKBN Tanah Merah dalam bidang Jahitan Pakaian Wanita, Encik Muhammad Aqif bin Ramli, Alumni IKBN Tanah Merah dalam bidang Jahitan Pakaian Lelaki dan Cik Nur Farah Syazwani binti Mat Zin, Alumni IKTBN Dusun Tua dalam bidang Reka Bentuk Produk Industri.
Para alumni telah berkongsi pengalaman sepanjang mengikuti pengajian dan latihan kemahiran, cabaran yang dihadapi selepas tamat latihan, pengalaman memasuki alam pekerjaan serta kepentingan menguasai kemahiran dan kompetensi dalam membina kerjaya. Selain itu, program ini turut menjadi platform kepada alumni untuk berkongsi pengalaman sebenar berkaitan dunia pekerjaan serta memberikan nasihat dan panduan kepada pelajar dalam membuat persediaan menghadapi alam kerjaya. Interaksi dua hala melalui sesi perkongsian kemahiran dan sesi soal jawab turut berlangsung dengan penglibatan aktif para pelajar.
Perkongsian daripada para alumni ini diharap dapat membuka perspektif para pelajar mengenai peluang dan laluan kerjaya yang boleh diterokai selepas menamatkan pengajian di samping memberi motivasi kepada mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Program ini juga mencerminkan komitmen IKBN Tanah Merah dalam memperkasakan jaringan alumni sebagai salah satu medium sokongan kepada pembangunan sahsiah, kompetensi dan kebolehpasaran pelajar.
Diharapkan hubungan yang terjalin antara alumni ILKBS dan IKBN Tanah Merah akan terus diperkukuh melalui pelbagai aktiviti pada masa akan datang, sekali gus mewujudkan jaringan alumni ILKBS yang aktif dan mampu memberi manfaat kepada generasi pelajar yang sedang mengikuti latihan di institut
