IKBN TANAH MERAH DI MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI KELANTAN

    23 September 2026 – Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah hadir menerima pentauliahan di Majlis Pentauliahan Perak dan Gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan yang sedang berlangsung di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
    Seramai 39 peserta Tahap Perak dan 41 peserta Tahap Gangsa menerima pentauliahan dalam majlis tersebut sebagai pengiktirafan atas kejayaan mereka melengkapkan komponen yang telah ditetapkan menerusi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
    Penyertaan pelajar IKBN Tanah Merah dalam program ini mencerminkan komitmen mereka dalam membangunkan potensi diri, meningkatkan kemahiran serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembangunan belia.
    Tahniah diucapkan kepada semua penerima atas kejayaan dan komitmen yang telah diberikan. Semoga pentauliahan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta mencapai kejayaan di Tahap Emas.

    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.