Sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan

    IKBN Tanah Merah turut sama meriahkan Sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan yang bertempat di Dataran Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu. Program Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Jasri bin Kasim, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, YB Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YB Dr. Hafidzah binti Mustakim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama serta ketua-ketua jabatan dan negeri. Turut hadir sama Pengarah IKBN Tanah Merah, Encik Mohd Izwandy bin Ismail bersama pegawai dan 25 orang pelajar bagi menyertai pelbagai aktiviti anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan seperti aktiviti sukan komuniti dijalankan sebagai simbolik kepada gaya hidup aktif dan sihat termasuk pelepasan Larian Ria Madani 5km, Berjalan Ria Madani 2km, dan Kayuhan Madani 15km.

    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.