KURSUS JANGKA PENDEK TERAPI SUKAN ILKBS ZON TIMUR

    Seramai 27 orang peserta terdiri daripada belia setempat dan pegawai ILKBS Zon Timur telah menyertai Kursus Jangka Pendek Terapi Sukan yang berlangsung selama dua hari pada 24 dan 25 Oktober 2025 ( Jumaat & Sabtu ) di IKBN Tanah Merah.
    Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang penjagaan, pencegahan dan pemulihan kecederaan sukan termasuk teknik urutan sukan serta senaman pemulihan. Kursus ini turut menekankan aspek teori dan amali di mana peserta diberi peluang mempelajari kaedah asas terapi sukan secara praktikal dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman.
    Majlis Penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah IKBN Tanah Merah, yang dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua peserta dan tenaga pengajar atas komitmen serta dedikasi sepanjang kursus berlangsung.
    Tahniah kepada semua peserta atas semangat dan penyertaan aktif sepanjang kursus ini! Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh bidang terapi sukan dan kecergasan dalam kalangan belia seiring dengan aspirasi ILKBS ke arah melahirkan belia profesional dan berdaya saing.

    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.