IKSN Memenangi Pingat Perak Di CITEC 2026

    IKSN Memenangi Pingat Perak Di CITEC 2026

    Taiping - Karnival Teknologi & Kreativiti Jabatan Tenaga Manusia (JTM), atau lebih dikenali sebagai Pertandingan Kreativiti & Inovasi (CITEC) 2026, telah berlangsung di ADTEC JTM Kampus Taiping pada 11 hingga 12 Februari 2026 dengan mengangkat tema “Inovasi Inklusif, Aspirasi Progresif”.

    Dalam penganjuran kali ini, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul Pingat Perak menerusi projek inovasi BIM Auto‑Checking e‑Profiling System™️ (BIMCheck Pro™️), sebuah platform yang memfokuskan pengukuran kompetensi dan penambahbaikan kemahiran berkaitan BIM e‑Submission secara lebih sistematik dan berpandukan data.

    Pasukan IKSN diketuai oleh ketua projek, Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi Bin Mohd Fuzi bersama En. Muhammad Fariz Najmi Bin Fauzi, serta pelajar-pelajar Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman) Semester 6 iaitu Nur Haslina Binti Saifol, Noor Fakrihah Binti Ni Aznan dan Siti Nursyasya Diyanah Binti Noorazman.

    CITEC 2026 berperanan sebagai sebuah platform nasional yang menghimpunkan inovasi, kreativiti dan bakat TVET negara melalui pameran serta penilaian projek reka cipta/inovasi yang dipertandingkan, di samping mengukuhkan keterlibatan ekosistem TVET dalam membina tenaga kerja masa hadapan.

    Pencapaian ini memperkukuh komitmen IKSN dalam memacu budaya inovasi berimpak tinggi, selari dengan keperluan industri yang semakin menuntut penyelesaian digital yang praktikal, boleh diguna pakai serta menyokong agenda pembangunan TVET negara.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    MADANIBekerja RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.