- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 23
Perhimpunan Bulanan IKSN Hargai Warga Kerja, Perkukuh Integriti Organisasi
BANTING - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) menganjurkan Perhimpunan Bulanan Bilangan 1/2026 di Bilik Seminar CIAST melibatkan kehadiran pengurusan tertinggi serta seluruh kakitangan institut.
Majlis anjuran Jabatan Teknologi Sukan itu turut dihadiri Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi Bin Pelah bersama Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Puan Zuraidah binti Yusof.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Encik Bashirul bin Ismail yang mengetuai bacaan Akujanji Kod Etika dan Tatakelakuan Pengajar ILKBS sebagai pembuka acara.
Sesi diteruskan dengan ucapan Pengarah yang menekankan kepentingan integriti, disiplin kerja serta komitmen warga IKSN dalam memastikan kecemerlangan institusi terus diperkasa.
Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan bagi Januari, Februari dan Mac 2026 kepada Encik Bashirul bin Ismail dan Encik Mohd Shahewan Bin Mohtar.
Selain itu, empat pegawai yang akan berpindah ke tempat baharu diraikan sebagai penghargaan atas sumbangan mereka sepanjang berkhidmat di IKSN.
Pegawai terbabit ialah Puan Siti Nor Sharbana Binti Azmi, Puan Eliza Binti Johari, Encik Sulaiman Bin Saad dan Encik Mohd Safruddin Bin Morshid.
Majlis merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada semua pegawai terlibat dan berharap mereka terus cemerlang di penempatan baharu.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
MADANIBekerja RancakkanMADANI
