- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 21
12 KUMPULAN BERENTAP DALAM ACARA EXPLORACE 'SPORTS CHALLENGE' IKTBN ALOR GAJAH
MASJID TANAH, 27 Jun – Program Ekspresi Bakat Peringkat Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah Tahun 2026 melabuhkan tirainya secara rasmi menerusi penganjuran Pertandingan Explorace bagi segmen “Sports Challenge”, di sini hari ini.
Acara lasak yang bermula seawal jam 7:30 pagi itu berjaya menghimpunkan seramai 120 orang pelajar yang dipecahkan kepada 12 kumpulan bagi merebut gelaran juara. Kesemua peserta mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi di samping memupuk budaya persaingan sihat dalam kalangan belia. Sepanjang pertandingan berlangsung, setiap kumpulan terpaksa mengharungi cabaran getir di setiap hentian (check point) yang menuntut komitmen bertenaga, strategi yang mantap, serta kreativiti yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Penganjuran program sukan komuniti seumpama ini terbukti berupaya menjadi platform terbaik dalam membentuk sahsiah pelajar, meningkatkan keyakinan diri, serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pelbagai jurusan yang ditawarkan di IKTBN Alor Gajah.
Penglibatan aktif ini turut mencerminkan komitmen berterusan pihak institusi dalam melahirkan modal insan TVET yang seimbang daripada aspek kecerdasan fizikal, ketahanan mental, dan kemahiran insaniah.
